Rabu, 23 November 2011

Tajuk 2: Manusia

Objektif:
  • Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan dan kaki.
  • Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tubuh manusia.

Topik 1: Bahagian dan fungsi tubuh manusia.


Murid-murid sekalian, dalam topik kali ini kita akan mengenal pasti bahagian tubuh manusia. Sila melihat gambar-gambar di bawah untuk keterangan lanjut.







Cikgu berharap murid-murid dapat mengenali anggota badan manusia sekarang. Sekarang, mari kita melihat fungsi-fungsi anggota badan.




1.
Kaki
= Digunakan untuk berlari, berjalan, atau bergerak.



2. Tangan = Digunakan untuk menyentuh atau memegang.


3. Mata = Digunakan untuk melihat.


4. Telinga = Digunakan untuk mendengar.



5.
Mulut
= Digunakan untuk makan dan minum.




6. Lidah = Digunakan untuk merasa.



7. Hidung = Digunakan untuk menghidu.


Tajuk 1: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup

Objektif:

  • Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
  • Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu: perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.


Topik 1: Ciri benda hidup dan benda bukan hidup.


Benda hidup mempunyai ciri-ciri tertentu seperti:

  • Memakan
  • Bernafas
  • Membiak
  • Bergerak
  • Berkumuh
  • Mengalami pertumbuhan
  • Bergerak-balas terhadap rangsangan


Benda bukan hidup TIDAK mempunyai ciri-ciri di atas.


Berikut adalah senarai benda hidup dan benda bukan hidup





Benda Hidup


1. Manusia




2. Binatang




3. Tumbuhan




Benda Bukan Hidup






Uji kefahaman anda


Sila klik di sini untuk membuat latihan mengenai topik ini:




Cikgu berharap murid-murid dapat memahami dan membezakan benda hidup dan benda bukan hidup. Saksikan video klip ini.




Tajuk seterusnya ialah Manusia

Selasa, 22 November 2011

Pengenalan


Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I. Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sains. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, internet perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer merupakan satu wadah yang berkesan untuk mempelajari sesuatu konsep yang sukar dan abstrak dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Cikgu berharap, murid-murid dapat menggunakan blog ini dengan sebaik mungkin. Selamat maju jaya!!!